Ahad, 9 Disember 2012

Kata Bilangan


Kata  Bilangan

1. Kata Bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.

Baca lagi »

2. Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu:

Kata Bilangan

Contoh Kata Bilangan

Ayat Contoh
Tentu
Satu, tiga,lima,sepuluh, seratus, seribu, sejuta.
(a) Azam mempunyai dua orang kakak.
(B)Pak Mat menternak sepuluh ekor lembu.
Tak tentu
Segala, seluruh, sekalian, beberapa, sesuatu
(a) Seluruh warga Malaysia menghulurkan derma kepada mangsa Ribut Greg di Sabah.
(b)Beberapa orang mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Pecahan
Separuh, suku, satu pertiga, satu  perempat.
(a) Separuh daripada hasil tanaman itu telah dieksport ke luar Negara.
(b)Suku daripada wang gajinya disimpan di dalam bank.
Pisahan
Tiap-tiap , setiap, masing-masing.
(a) Tiap-tiap malam Wong akan mengulang kaji pelajarannya.
(b)Setiap peserta dikehendaki mingisi boring itu.
Himpunan
Ketiga-tiga, berabad-abad, beribu-ribu, berguni-guni.
(a)Kedua-dua orang anak Puan Zetti berjaya dalam pelajaran mereka.
(b) Pihak kastam Berjaya merampas berguni-guni beras yang diseludup dari Negara jiran.
Tingkat
Kedua, ketiga, kesepuluh, keseratus.
(a) Penumpang komuter yang keseribu itu mendapat hadiah RM1000.
(B) Sheelan ialah anak ketiga daripada lima orang adik- beradik.

2 ulasan:

  1. Bahan pengajaran yang bagus.

    BalasPadam
  2. Sila kongsikan ini kepada rakan kamu.
    Terima kasih.

    BalasPadam