Isnin, 3 Disember 2012

Kata Keterangan


Kata Keterangan

1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata  adjektif dan kata keterangan yang lain.


Baca lagi »


2. Kata keterangan terdiri daripada enam jenis, iaitu:

Jenis
Kata Keterangan
Ayat Contoh
Cara
Begini, begitu, betapa, demikian, diam-diam,tiba-tiba dan sebagainya.
Beginilah cara yang betul untuk menyelesaikan soalan Matematik ini.
Masa
Belum, kelak, masih, sebentar, sedang, sekarang, selalu, telah, kadang-kadang dan sebagainya.
Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
Tanya
Apa, bila, mana, siapa, mengapa
Mengapakah kamu menarik diri daripada persatuan itu?
Darjah
Amat, sangat, sungguh, paling, nian dan sebagainya.
Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.
Tak tentu
Agaknya, mungkin, barangkali, entah-entah, jangan-jangan
Mungkin Ali yang akan mewakili sekolah dalam pertangdingan bercerita.
Nafi
Bukan, tidak, tak
Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.

3 ulasan: