Khamis, 13 Disember 2012

Karangan Peribahasa


Karangan Peribahasa

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Air dicencang tidak akan putus ”.


Baca lagi »

            Amir dan Ameng merupakan dua orang adik-beradik yang suka bergaduh. Sikap mereka seperti anjing dengan kucing setiap kali berjumpa.Mereka juga suka bergaduh kerana perkara yang kecil sahaja.

            Baik Amir mahupun Ameng tidak mahu mengalah apabila bergaduh. Ibu bapa mereka sering menasihati mereka supaya mengubah sikap yang tidak baik itu. Malangnya, nasihat itu sia-sia sahaja bagai mencurah air ke daun keladi.

            Pada suatu hari, bapa telah membelikan sebuah basikal untuk mereka. Amir dan Ameng berebut-rebut untuk menunggang basikal itu dahulu. Mereka tidak mahu mengalah dan hanya mementingkan di sendiri.

            Akibatnya, mereka berdua telah dimarahi oleh bapa mereka. Bapa mereka juga menerangkan akibat orang yang selalu bergaduh. Mereka diminta untuk berbaik-baik dan bermaaf-maafan.

            Akhirnya, mereka sedar bahawa mereka tidak perlu bergaduh. Hubungan sebagai adik-beradik tidak akan putus. Bak kata pepatah “ air dicencang tidak akan putus”.

3 ulasan:

  1. Contoh yang bagus.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/20/2015

    karangan yang sangat baik wowwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam