Sabtu, 15 Disember 2012

Karangan Biografi


Karangan Biografi

Aku Sebuah Televisyen

Baca lagi »

Aku sebuah peti televisyen. Aku diperbuat daripada kaca, plastik, besi, dawai, dan wayar. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Aku berjenama Panasonic. Permukaanku selebar 37 inci.

Setelah aku disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak untuk dihantar ke sebuah kedai di bandar Klang. Aku dipamerkan di kedai tersebut. Aku dapat menemui ramai kenalan berlainan jenama.

Dua bulan kemudian, aku dibeli oleh seorang lelaki berada dengan harga RM1999.00. Tuan aku bernama Encik Ahmad.

Aku berasa sungguh gembira kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Aku memberikan maklumat, berita, hiburan, dan pengetahuan kepada tuan aku serta anak-anaknya.

Kini, sepuluh tahun telah berlalu. Badanku mulai berkarat san sakit-sakit. Suaraku semakin tidak jelas. Warnaku mulai pudar dan kadangkala tiada warna untuk dipersembahkan.

Pada suatu hari, aku ternampak sebuah televisyen baharu yang lebih cantik daripadaku. Aku mengerti bahawa televisyen itu menjadi penggantiku. Kini, aku diletakkan di sebuah bilik gelap. Aku menanti ajalku di sini. 

1 ulasan:

  1. Terima kasih Cikgu Low...saya dapat pujian daripada cikgu sekolah saya...very very nice karangan..

    BalasPadam