Khamis, 18 Oktober 2012

Latihan Kata Ganti Nama Diri Tahun 3

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI TAHUN 3

Baca lagi »

PILIH KATA GANTI NAMA DIRI YANG BETUL UNTUK AYAT-AYAT BERIKUT


1.        Ali dan Rahmat baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.
a.       Kita
b.       Dia
c.       Beliau
d.       Mereka

2.        Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.
a.       Saya
b.       Dia
c.       Aku
d.       Mereka

3.        ______ ialah negarawan yang terkenal.
a.       Dia
b.       Kamu
c.       Beliau
d.       Kita

4.        "______ ingin bersantap," titah sultan.
a.       Beta
b.       Hamba
c.       Patik
d.       Tuanku

5.        "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.
a.       Beta
b.       Hamba
c.       Aku
d.       Saya

6.        "______ patutu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat," kata ketua pengawas.
a.       Kita
b.       Kami
c.       Dia
d.       Mereka

7.        Kumaran suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
a.       kita
b.       dia
c.       mereka
d.       nya

8.        "______ akan ke sana sekarang," kata Abu dan Amin kepada Cikgu Mohini.
a.       Kita
b.       Kamu
c.       Kami
d.       Awak

9.        Setiap hari ______ pergi ke sekolah dengan bas.
a.       beta
b.       kami
c.       saya
d.       patik

10.    Adik menangis kerana ______ sakit perut.
a.       dia
b.       kami
c.       mereka
d.       kita



JAWAPAN LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI

3 ulasan:

  1. Tahniah! Latihan sesuai dirujuk oleh murid dan pengunjung blog ini. Teruskan usaha anda! :-)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/24/2014

    memang suka ini!!!!

    BalasPadam