Fish

Khamis, 25 Oktober 2012

Latihan Kata Ganti Nama Diri Tahun 5

Latihan Kata Ganti Nama Diri Tahun 5

Baca lagi »

1)    Jururawat : Nama ________ akan dipanggil   sebentar lagi. Sila duduk, ya.
Encik Rahmat : Baiklah. Terima kasih.
a.    saya
b.    encik
c.    dia
d.    engkau

2)    Menteri Besar akan mengadakan lawatan kerja di Muar. _________ akan diiringi oleh beberapa orang pegawai.
a.    dia
b.    Beliau
c.    Baginda
d.    Mereka

3)    _________ bertiga akan didenda kerana datang lewat ke sekolah.
a.    Dia
b.    Beliau
c.    Baginda
d.    Mereka

4)    " ___________ akan didenda jika membuat bising," kata Puan Zarah kepada murid-muridnya.
a.    saya
b.    mereka
c.    kalian
d.    dia

5)    Ahmat seorang murid yang rajin . ______ disenangi oleh semua guru di sekolahnya.
a.    Dia
b.    Beliau
c.    Baginda
d.    Mereka

6)    ___________ akan dijemput untuk merasmikan majlis anugerah itu.
a.    Dia
b.    beliau
c.    Baginda
d.    Mereka

7)    ___________ hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
a.    kita
b.    dia
c.    saudara
d.    mereka

8)    Sultan Johor akan berangkat ke Jepun untuk lawatan kerja. __________ akan diiringi oleh Menteri Besar.
a.    dia
b.    Beliau
c.    Baginda
d.    Mereka

9)    Rolizan sedang menangis kerana _____ takut disuntik oleh jururawat.
a.     dia
b.    baginda
c.     Beliau
d.    Mereka

10) "Adik _________ belajar dalam tahun satu, " beritahu Halim kepada kawan-kawanya.
a.    saya
b.    kamu
c.    Beta
d.    Baginda

Jawapan Latihan Kata Ganti Nama Diri Tahun 5


2 ulasan:

  1. Blok yang sangat berfaedah kepada murid-murid dan guru。

    BalasPadam