Sabtu, 20 Oktober 2012

Latihan Kata Sendi Nama Tahun 6

Latihan Kata Sendi Nama Tahun 6


Baca lagi »

1)    Guru merupakan orang yang perlu dihormati _________________ semua pelajar.
a.    kepada
b.    oleh
c.    pada
d.    umpama

2)    Nurul makan buah durian _________________ dia      kenyang.
a.    sejak
b.    terhadap
c.    sampai
d.    dengan

3)    Badannya besar _____________________ seekor gajah.
a.    hingga
b.    umpama
c.    sejak
d.    akan

4)    Ali tidak dapat berjalan ___________________ terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
a.    pada
b.    kepada
c.    hingga
d.    sejak

5)    Kami menunggu Talib _____________________ rumah Nina .
a.    ke
b.    sejak
c.    dari
d.    di

6)    Meena , Penyebit rambut yang kamu cari itu ada ________________ Leela.
a.    pada
b.    ke
c.    kepada
d.    daripada

7)    Nasihat awak kepadanya __________________ mencurah air ke daun keladi.
a.    terhadap
b.    sampai
c.    Umpama
d.    tentang

8)    Kami bersembunyi ____________________ dalam semak _____________ mengelak orang jahat itu.
a.    ke .... pada
b.    di .... untuk
c.    dari .... sejak
d.    di .... hingga

9)    Surat itu saya terima _________________ emak saudara yang tinggal ___________ Filipina.
a.    dari .... di
b.    pada ... ke
c.    dari .... ke
d.    daripada .... di

10) Encik Krishnan menceburi bidang perniagaan ________________ kecil .
a.    pada
b.    kepada
c.    dari
d.    sejak
Jawapan Latihan Kata Sendi Nama Tahun 6

2 ulasan:

  1. Cikgu, sudah cuma buat...
    Dapat 90%, A ...ha ha.

    BalasPadam
  2. Bagus! Terus berusaha.

    BalasPadam