Khamis, 22 November 2012

Kata Seru


Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan     perasaan geram, kagum, hairan, sedih, sakit, takut dan sebagainya.

Baca lagi »


Contoh penggunaan kata seru adalah seperti yang berikut.



Kata Seru
Penggunaan
Ayat Contoh
Aduh
Digunakan untuk menggambarkan perasaan sakit
Aduh, sakit perutku ini!
Wah
Digunakan untuk menggambarkan kegaguman
Wah, tingginya bangunan itu!
Oh
Dugunakan untuk menggambarkan
Perasaan kecewa, terkejut dan hairan.
Oh, kmulah yang menolon ag anak mak cik hari itu!
Aduhai
Digunakan untuk menggambarkan perasaan sedih.
Aduhai, malangnya nasibku ini!
Eh
Dugunakan untuk membayangkan perasaan hairan atau terkejut.
Eh, tadi buku saya ada di sini!

Nah
Digunakan semasa memberikan sesuatu atau memberikan sesuatu dalam keadaan marah.
Nah, terimalah tikamanku ini!
Ah
Digunakan untuk menunjukkan perasaan tidak setuju.
Ah, saya tidak setuju dengan cadangan itu!
Hai
Digunakan untuk mengapa atau untuk menarik perhatian.
Hai, saya Albert Teoh!
Cis
Digunakan untuk menyata perasaan tidak suka, mengejek atau marah.
Cis , jangan engkau dating ke rumah aku lagi!
Wahai
Digunakan untuk menarik perhatian atau menyampaikan nasihat
Wahai, murid-murid sekalian, patuhilah peraturan-peraturan sekolah kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan