Isnin, 26 November 2012

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH


CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

1. Cakap ajuk ialah percakapan yang ditulis semula tanpa mengubah maksud percakapan tersebut.



Baca lagi »

2. Cakap ajuk mesti ditulis menggunakan tanpa petik (“…”).


3. Cakap pindah ialah ayat yang menerangkan percakapan seseorang dengan gaya bahasa tersendiri tanpa menguibah maksud sebenar percakapan tersebut.


4. 
Terdapat kata yang mesti ditukar mengikut ragam ayat apabila cakap ajuk ditukarkan kepada cakap pindah.




Kata Ganti Nama
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Diri pertama
Saya, aku, hamba, patik, beta, kami, kita
Dia, -nya, baginda, mereka
Diri kedua
Awak, engkau, kamu, anda
Saya, kami, dia, mereka
Diri ketiga
Dia, beliau, baginda, mereka
Dia, beliau, baginda, mereka
tunjuk
Ini, sini, begini
Itu, sana, begitu


Ayat Contoh

Cakap Ajuk
Cakap Pindah
1.“Anizah akan menemani saya ke perpustakaan,” kata Linda.
1. Linda berkata bahawa Anizah akan menemaninya ke perpustakaan.
2. “Kamu tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan itu sekiranya tidak berpakaian kemas,” kata pengawas itu.
2. Pengawas itu berkata bahawa saya tidak boleh memasuki dewan itu sekiranya tidak berpakaian kemas.
3. Kata Hasrul kepada kawannya, “jangan masuk ke bilik ini tanpa kebenaran saya.
3. Hasrul melarang kawannya memasuki bilik itu tanpa kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan