SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh :
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
·
Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan
sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka
meninggi diri.
·
Anak buah :
(a) Orang yang berada di bawah
pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi
mempunyai makna yang sama.
·
Muka talam; Muka tebal;
Muka tembok
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
·
Tua keladi; Tua kutuk;
Tua lengkuas
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak
senonoh atau jahat.
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata
nama am.
Contoh:
Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung.
Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata
kerja.
Contoh:
Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga.
Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata
adjekif.
Contoh:
Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati.
Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata
nama khas.
Contoh:
Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk.
Kata Nama Khas: semua di atas
5. Terbentuk daripada nilai
kepercayaan.
Contoh:
Air pinang; Batu buyung; Makan bulan.
Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan
dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.
SIMPULAN
BAHASA
|
MAKSUD
|
Ada angin
|
Berkelakuan luar biasa pada
sesuatu ketika
|
Ada bakat
|
Mempunyai tokoh atau perwatakan
|
Air muka
|
Rupa atau wajah seseorang
|
Bahasa pasar
|
Bahasa Malaysia yang tidak betul
tatabahasanya
|
Banyak mulut
|
Orang yang banyak cakap
|
Batu api
|
Orang yang suka menghasut
|
Cahaya mata
|
Anak
|
Cakar ayam
|
Tulisan yang buruk
|
Campur tangan
|
Turut serta atau mencampuri urusan
orang lain
|
Dalam tangan
|
Sudah pasti akan diperolehi
|
Darah daging
|
Anak kandung
|
Durian runtuh
|
Keuntungan yng diperoleh dengan
tidak disangka-sangka
|
Gaji buta
|
Mendapat gaji tanpaperlu bersusah
payah
|
Harga diri
|
Maruah atau kehormatan seseorang
|
Hati batu
|
Degil atau keras hati
|
Hidung tinggi
|
Sombong atau tinggi diri
|
Ikat perut
|
Menahan lapar kerana berjimat
|
Iri hati
|
Cemburu atau menyimpan perasaan
dengki
|
Langkah kanan
|
Bernasib baik
|
Lidah cabang
|
Kata-kata yang tidak dapat
dipercayai
|
Penerangan yang jelas, bagus!
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamtapi sikit
BalasPadam