KATA BANTU
1. Kata Bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.Baca lagi »
Kata Bantu Aspek
|
Ayat Contoh
|
akan
|
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.
|
belum
|
Amal belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.
|
masih
|
Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.
|
pernah
|
Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.
|
sedang
|
Ibu sedang menyiram pokok bunga.
|
sudah
|
Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.
|
telah
|
Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.
|
4. Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.
Contohnya:
Kata Bantu Ragam
|
Ayat Contoh
|
boleh
|
Adik sudah boleh membaca dengan
lancar.
|
dapat
|
Nazrul dapat menyiapkan
latihan itu dengan cepat.
|
harus
|
Kita harus menghormati ibu
dan bapa.
|
hendak
|
Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan
pada petang nanti.
|
mahu
|
Jasmin mahu ke kedai untuk
membeli sekilo gula pasir.
|
mesti
|
Kita mestilah rajin belajar
untuk memperoleh kejayaan.
|
5. Sesetengah
kata bantu aspek boelh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih
sedang, masih belum dan sebagainya.
6. Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh dan sebagainya.
7. Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam juga boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya:
8. Begitu
juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek.
Contohnya:
6. Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh dan sebagainya.
7. Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam juga boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya:
Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam
|
Ayat Contoh
|
Masih
boleh
|
“Pakaian itu masih boleh dipakai,”
kata ibu kepada adik.
|
Sedang
hendak
|
Kapal terbang itu sedang hendak mendarat
di lapangan terbang.
|
Belum
boleh
|
Buah manga itu belum boleh di makan.
|
Contohnya:
Kata bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek
|
Ayat Contoh
|
Harus
sudah
|
Kamu harus sudah menyiapkan
kerja itu kerana sudah petang.
|
Mesti
sudah
|
Rancangan televisyen itu mesti
sudah tamat.
|
Maklumat yang jelas dan berguna kepada murid-murid dan guru-guru...
BalasPadamPenerangan yang jelas dan mudah difaham.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadam