LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI TAHUN 3
PILIH KATA GANTI NAMA DIRI YANG BETUL UNTUK AYAT-AYAT BERIKUT
1. Ali dan Rahmat baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.
a. Kita
b. Dia
c. Beliau
d. Mereka
2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.
a. Saya
b. Dia
c. Aku
d. Mereka
3. ______ ialah negarawan yang terkenal.
a. Dia
b. Kamu
c. Beliau
d. Kita
4. "______ ingin bersantap," titah sultan.
a. Beta
b. Hamba
c. Patik
d. Tuanku
5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.
a. Beta
b. Hamba
c. Aku
d. Saya
6. "______ patutu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat," kata ketua pengawas.
a. Kita
b. Kami
c. Dia
d. Mereka
7. Kumaran suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
a. kita
b. dia
c. mereka
d. nya
8. "______ akan ke sana sekarang," kata Abu dan Amin kepada Cikgu Mohini.
a. Kita
b. Kamu
c. Kami
d. Awak
9. Setiap hari ______ pergi ke sekolah dengan bas.
a. beta
b. kami
c. saya
d. patik
10. Adik menangis kerana ______ sakit perut.
a. dia
b. kami
c. mereka
d. kita
JAWAPAN LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI
Tahniah! Latihan sesuai dirujuk oleh murid dan pengunjung blog ini. Teruskan usaha anda! :-)
BalasPadamTerimah Kasih. :-)
Padammemang suka ini!!!!
BalasPadam