Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan untuk mmembentuk satu perkataan baharu.
Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas terdiri daripada rangkai kata
bebas sama ada dalam golongan kata nama atau kata adjektif.
Contoh :
kereta api, pasar raya, jam tangan
Kata Majmuk Istilah Khusus digunakan dalam bidang ilmiah.
Contoh :
analisis teks, titik buta, deria rasa
Kata Majmuk yang Telah Mantap ialah dua perkataan dieja
sebagai satu perkataan dan tidak terpisah.
Contoh :
antarabangsa, tandatangan
Kata Majmuk Klasan terdiri daripada rangkai kata yang ada
maksud tersirat seperti simpulan bahasa.
Contoh :
ada hati, anak emas, buah tangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan