Karangan Peribahasa
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Air dicencang tidak akan putus ”.
Amir dan
Ameng merupakan dua orang adik-beradik yang suka bergaduh. Sikap mereka seperti
anjing dengan kucing setiap kali berjumpa.Mereka juga suka bergaduh kerana
perkara yang kecil sahaja.
Baik Amir
mahupun Ameng tidak mahu mengalah apabila bergaduh. Ibu bapa mereka sering
menasihati mereka supaya mengubah sikap yang tidak baik itu. Malangnya, nasihat
itu sia-sia sahaja bagai mencurah air ke daun keladi.
Pada suatu
hari, bapa telah membelikan sebuah basikal untuk mereka. Amir dan Ameng
berebut-rebut untuk menunggang basikal itu dahulu. Mereka tidak mahu mengalah
dan hanya mementingkan di sendiri.
Akibatnya,
mereka berdua telah dimarahi oleh bapa mereka. Bapa mereka juga menerangkan
akibat orang yang selalu bergaduh. Mereka diminta untuk berbaik-baik dan
bermaaf-maafan.
Akhirnya,
mereka sedar bahawa mereka tidak perlu bergaduh. Hubungan sebagai adik-beradik
tidak akan putus. Bak kata pepatah “ air dicencang tidak akan putus”.
Contoh yang bagus.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamkarangan yang sangat baik wowwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadam